Posted in Uncategorized on June 29, 2009 by ptk81

Yang Penting oleh qulmann

Seni Digital ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti fraktal, atau daripada sumber lain, seperti gambar diimbas, atau dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (graphics tablet). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui computer.

Ramai yang boleh mencipta logo, mereka karekter dan menghidupkan robot dengan menggunakan perisian yang kian popular dan lebih mudah dikendalikan. Amat mudah juga untuk kita copy paste rekaan yang terdapat lalu ubah mengikut warna kesukaan, corak yang pelbagai lalu mengistiharkan sebagai satu rekaan sendiri.

Kita berada di era moden yang bergerak dengan begitu pantas, robot-robot ini mampu hidup bersama walaupun manusia yang mencipta dan memberi akal kepada mereka. Akan tetapi mereka kekurangan sesuatu benda yang amat penting, karya-karya yang begitu mudah dihasilkan juga kekurangan sesuatu yang amat penting. Adakah manusia sengaja mengurangkan nilai tersebut atau manusia tidak mampu untuk memberi nilai tersebut kepada rekaan sendiri? Wajarkah sesuatu yang dicipta diiktiraf sedangkan ia hanyalah sesuatu yang sangat ringkas untuk diolah? Keadah digital memudahkan manusia tetapi usahlah kita permudahkan karya atau ciptaan kita yang nampak begitu kosong.

SENI VIDEO oleh Tapa

Posted in Uncategorized on April 3, 2009 by ptk81

 

Seni Video

 

Seni video adalah istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada karya yang menggunakan peralatan video, televisyen sebagai medium untuk berkarya dan menggunakan peralatan teknologi dalam pelbagai cara.

 

 

Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Video

 

Seni Video merujuk kepada karya yang menggunakan media Video sebagai karya seni. Syarikat Sony adalah yang bertanggungjawab kepada lahirnya seni video pada tahun 1965 dan telah memperkenalkan portable video recording camera dan dikenali sebagai Portapak.

 

Rakaman yang telah dibuat boleh disimpan didalam kaset (tape) dan boleh dipadam (erase/delete) serta boleh diguna pakai kembali (re-recorded). Kemampuan media ini membolehkan signal video dihantar ke lebih satu monitor dan penggunaannya yang sangat fleksibel dalam mempersembahkan rakaman itu kembali.

 

 

Kronologi Perkembangan Seni Video

 

Perkembangan seni video adalah hasil dari evolusi medium tradisi yang digunapakai dalam menghasilkan karya (seni visual). Perkembangan medium ini seiring dengan perkembangan industri, globalisasi dan kemajuan yang tercipta hasil dari penciptaan teknologi-teknologi terkini.

 

Sebagai contohnya, media Fotografi adalah hasil dari resapan pengaruh catan barat (western painting), dan kemudiannya fotografi memainkan perananya pula dalam mempengaruhi seni catan. Manakala Sinematografi (seni perfileman) pula berkembang dan meneruskan prinsip-prinsip asas daripada media fotografi (still photography).

 

Media televisyen  pula terhasil dari pengaruh catan, fotografi, dan sinematografi.  Kadangkala kita tertarik dengan kecantikkan filem dan video ini kerana visualnya seperti catan kerana media televisyen dan imej-imej fotografi ini dipengarui oleh visual tradisi dan seni persembahan (performing arts).

 

Secara ringkasnya medium kamera dan komputer ini adalah hasil pengaruh elemen-elemen tradisi dan merupakan proses evolusi yang berkembang sehingga sekarang.  

 

 

Pengasas

 

Antara pengasas dalam menerokai seni video ini adalah artis Jerman, Wolf Vstell (1932-    ) yang ketika itu terlibat dalam pembikinan set television pada 1959. Tetapi pencipta (pengasas) seni video ini dikaitkan dengan Nam June Paik (1932-    ) seorang pemuzik dari Korea (juga performance artist dan sculptor).

 

Beliau tinggal di New York pada tahun 1964 dan menggunakan protable Sony video recorder pada tahun 1965 yang mana pada masa itu hanya peralatan tersebut sahaja yang ada.

 

Beliau menjelaskan, rakaman pertama yang telah dibuat ditunjukkan pada malam hari yang sama di artists’ club di Cafe-a-Go-Go. Nam June Paik sebagai seorang pianist (pemain piano), telah berkolobrasi dengan pemain cellist (biola besar) iaitu Charlotte Moorman (1940-1994) dengan karya yang bertajuk Bra For Living Sculpture (1969). 

 

Artis lain yang turut berperanan sebagai seorang pengkarya yang menggunakan media video adalah seperti artis kelahiran Amerika ini iaitu Bill Viola (1951-    ). Antara karyanya iailah To Pray Without Ceasing (1992). 

 

Media seni video sekarang kerapkali digunakan sebagai salah satu elemen di dalam karya instalasi tiga dimensi. Salah satu contoh penggunaan seni video ini adalah Dara Birnbaum, dengan karyanya yang bertajuk Hostage yang dihasilkan pada tahun 1994. 

 

 

Perkembangan Seni Video Malaysia

 

Pameran

 

Pameran di Galeri Luar Pusat USM (1989)

 

Antara yang terlibat dalam menghasilkan seni video ini adalah Baharuddin b. Arus yang telah mempersembahkan karya seni video dan arca bergerak 1989 yang dipamerkan di USM. Karya ni menampilkan reaksi beliau terhadap ‘medium sebagai mesej’ yang disarankan oleh Marshall McLuhan.

 

Artis lain adalah Liew Kung Yu, dengan karya A Passage Through Literacy (1989). Karya ini berbentuk telur pecah (arca) yang memaparkan tarian dengan dibaluti dengan teks.

Festival Seni Video Antarabangsa (1990)

Karya Sook Ching oleh Wong Hoy Cheong yang menggabungkan persembahan langsung catan dan pancaran video. Karya ini berbentuk dokumentasi sejarah dan merakamkan keperitan rakyat zaman pendudukan jepun melalui pengalaman beberapa individu.

 

Framing War (1992)

 

Pameran yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara telah diatur oleh Ray Langerbach sempena Perang Teluk.

 

Antara karya seni video adalah karya kolobrasi yang tidak bertajuk oleh Ray Langenbach, Latif Kamaluddin dan Gunabalan. Karya yang berefleksi dengan propaganda dan respon daripada kematian kanak-kanak di Iraq dan matinya Sistem Ideologi Soviet. 

 

Festival Seni Video Malaysia (1994)

 

Liew Kung Yu dengan karya Sing A Song For Ah Kong And Ah Ma (sebelum ini ditayangkan di Festival Seni Video Sony) telah memenangi hadiah utama dalam festival tersebut.

 

1994

 

Noor Azizan Rahman Paiman dengan Bernafas Dalam Lumpur menggunakan video sebagai rakaman. Bukan hanya dilihat sebagai bahan dokumentasi tetapi sebagai medium yang mempunyai bahasa pengucapan yang tersendiri.

 

Anugerah Video Malaysia 3M VHQ 94. 

 

Karya White Cloth oleh Khairul  Aidil Azlin dan Hamzah Tahir, bukan hanya menggunakan medium video sebagai bahan dokumentasi tetapi video telah menjadi media unggul. Karya ini telah memenangi Hadia Kedua Kategori Anugerah Seni Video Eksperimental Muda dalam Anugerah Video Malaysia 3M VHQ 94. 

 

Hadiah pertama Anugerah Seni Video Eksperimental Muda pula dimenangi oleh Hasnul Jamal Saidon dengan karyanya Proclaim.

 

Karya Skin Trilogy, sebuah persembahan eksperimental pelbagai media yang diusahakan oleh Five Arts Centre. Berdasarkan teks oleh K.S Maniam dan diarahkan oleh Kristen Jit dengan penyatuan seni tampak dan seni persembahan.

 

1996

 

Faizal Zulkifili pula muncul menerusi karya video satu saluran yang memenangi hadiah kecil dalam Pertandingan Bakat Muda Sezaman 1996. Karya yang berjudul No Art Please.

 

Karya kedua Faizal Zulkifili pula bertajuk Road Runner yang menggunakan analogi ’permainan elektronik’ meggambarkan kegilaan segelintir masyarakat kepada ‘kelajuan, perlumbaan, dan nilai numerikal’.

 

 

Video Dalam Teater

 

Penggunaan video juga boleh dilihat dalam seni persembahan iaitu dalam konteks seni pentas yang dicetus dan ditaja sempena Wanita Umno 40 (1989) tahun yang telah diusahakan oleh Centre Stage.

 

Centre Stage dibawah pimpinan Normah Nordin telah menggunakan teknologi pancaran video dan persembahan langsung untuk membawa keluar sebuah kereta Proton Saga dari layar video ke pentas umpama David Copperfield. 

1995

 

Pementasan Rama & Sita menampilkan konsep sinografi yang berorientasikan post-industrial & techno pop sebagai latar untuk jalan cerita yang epik yang dipinjam. Arahan pementasan ini dibawah Janet Pillai menggunakan dua puluh buah monitor televisyen yang menayangkan video, animasi komputer, paparan elektronik dan digital untuk menonjolkan generasi yang beroperasi diatas pelantar teknologi siber.

 

Pendekatan berani ini telah disusuli pula oleh persembahan teater Ribut arahan Zahim Albakri yang cuba menggabungkan penggunaan teknologi multimedia dan video dalam arahan teaternya.

 

 

Kesimpulan

 

Dengan pesatnya perkembangan teknologi sekarang tidak hairanlah seni video telah menjadi salah satu medium yang kerap diguna dalam menyampaikan idea (art works). Dengan terciptanya software (gadjet-gadjet) menjadikan seni video ini satu medium kegilaan kepada golongan-golongan generasi multimedia sekarang dalam berkarya.

 

Di Malaysia perkembangan seni video telah dimulakan dengan diinspirasikan oleh Ismail Zain dengan karya-karya Digital Kolaj (1988), dan kemudiannya diteruskan pula oleh Kamarudzaman Md. Isa, Ray Langenbach (dan pelajarnya di Universiti Sains Malaysia) dan Liew Kung Yu.

 

Pada tahun 1990, seni video telah menjadi medium kepada artis Wong Hoy Cheong, Hasnul Jamal Saidon, Niranjan Rajah, Faizal Zulkifli, Masnoor Ramli, Ahmad Fuad Osman, Noor Azizan Rahman Paiman, Nadiah Bmadhaj, Yee I-Lan, Hayati Mokhtar dan Nur Hanim Khairuddin.

 

Artis-artis muda pula terdiri daripada, Kamal Sabran, Roslisham Ismail, Emil Goh, Sharon Chin, Vicent Leong, Lau Mun Leng, Liew Teck Leong, Low Yii Chin, Hasnizam Wahid, Muhd Faizal Sidik, Rini Fauzan, Tengku Azahari Tengku Azizan, dan Goh Lee Kwang.

 

Manakala artis-artis baru yang menggunakan medium video dan teknologi ict adalah Roopesh Sitharan, Fariza Idora Alhabshi, Diffan Sina, dan Illy Farhana Norhayat. Juga tidak terkecuali bekas-bekas pelajar UNIMAS (Anuar ayob, John Hii, Helena Song, Ling Siew Woei, Ting Ting Hock).

 

Moden lawan teknologi

Persoalannya adakah dengan mengikut rentak perkembangan semasa menjadikan kita sebagai orang yang tidak ketinggalan dari segi idea dan peradaban?. Teknologi yang terhasil adalah dari tindak balas ‘teknologi lama’.

 

Kesilapan kita adalah menafikan ‘teknologi lama’ kerana berasakan teknologi baru mampu menggantikan ‘teknologi lama’. Penambahbaikan itu perlu tetapi janganlah menafikan seterusnya membuang yang tradisi. walahuallam

 

 

Nota

 

  • Duane Preble and Sarah Preble. Artforms (revised seventh edition). Pearson, Prentice  Hall. 2004
  • HasnulJamal Saidon. Prosiding Sidang seni: Overview Of Contemporary Art In Malaysia after 1990. Balai Seni Lukis Negara. 2008
  • Ian Chilvers. Concise Dictionary of Art & Artist. Oxford. 2003
  • Pameran Seni Elektrik Pertama. Balai Seni Lukis Negara.1997

 

 

 

GADJET OH GADJET oleh tapa

Posted in Uncategorized on February 17, 2009 by ptk81

Dunia yang semakin maju menuju zaman elektronik memang tidak dapat dinafikan kepentingan dan keperluan penggunaan gadjet. Kehidupan dengan menggunakan gadjet dizaman ini bukanlah sesuatu yang dianggap ganjil apatah lagi gadjet ini sudah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian.

Tetapi sejauh mana keperluan gadjet seperti handset adalah bergantung kepada tujuan dan kegunaanya.

Jika seorang kanak-kanak kecil memerlukan handset ini adalah pernyataan yang mengarut. Melihat pada kisah silam, penciptaan telefon yang pertama didunia adalah hasil dari ciptaan G.Bell. kemudian berkembangnya pula penggunaan sms hasil dari teknologi yang dibangunkan oleh sistem yang digunapakai oleh tentera USA pada tahun 1991.

Penggunaan gadjet ini merupakan suatu ’mukjizat’ jika kita dapat kembali zaman silam dengan teknologi yang ada pada masa sekarang (mms dan sebagainya).

Penggunaan handset jika tidak disalah gunakan adalah tindakan yang betul bersandarkan kepada keperluan individu. Ahli perniagaan menggunakan handset sebagai alat komunikasi untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Begitu juga, jika seorang ibu menghubungi anaknya yang berada jauh di negara sendiri.

Hakikatnya penggunaan gadjet yang ada sekarang bukanlah hanya pada fungsi telefon tetapi juga penggunaan Sistem Pesanan Ringkas / Short Messaging Service (SMS). Jika diamati masyarakat di sekeliling menggunakan perkhidmatan sms ini sebagai alat perhubungan yang popular.

Sms merupakan kaedah yang cepat pantas dan berkesan dalam menyampaikan informasi. Sehinggalah sistem sms ini telah di’upgrade’ menjadi sistem MMS (Multimedia Messaging Service).

Kesinambungan dari sms kepada mms adalah disebabkan berkembangnya teknologi semasa. Mms merujuk kepada aplikasi pengunaan seperti imej, audio, dan video.

Dengan berkembangnya teknologi ini, menjadikan mms adalah satu media yang ’panas’sehinggakan faktor persekitaran iaitu permintaan kepada gadjet ini menjadi suatu bisnes yang sangat mengguntungkan. Perkembangan jualan ini disebabkan beberapa faktor antaranya permintaan yang tinggi kepada penggunaan handset yang mempunyai ’gadjet’ seperti aplikasi 3G.

Perkembangan semasa inilah yang menjadikan medium itu ’panas’ kerana kita menyaksikan penyalahgunaan dan perbuatan yang tidak bermoral menggunakan gadjet ini.

Penggunaan gadjet untuk penyebaran video-video lucah yang kerapkali tersebar dan ’terkantoi’ yang dilakukan oleh pemilik gadjet itu sendiri merupakan tindakan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun. Tetapi sejauh mana kita dapat menyekat penyalahgunaan gadjet ini jika kita sendiri merasa ’syok’ untuk merekod gambar-gambar ’sulit’ kita.

Kemampuan dan kegunaan gadjet inilah yang menjadikan teknologi itu bermanfaat bukan sahaja kepada perkara yang baik tetapi juga tindakan yang ’buruk’.

Penyebaran mms bukan sahaja merangkumi pada penghasilan video-video tetapi juga penyebaran gambar untuk tujuan yang jahat. Seperti yang terjadi kepada Elizabeth Wong iaitu exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan negeri Selangor.

Baik dan buruk sesuatu gadjet itu samada keperluan mempunyai kepentingan atau tidak adalah bergantung kepada kebijaksanaan pengguna.

Semua perkara yang terbentuk dari akal manusia dengai keizinan tuhan adalah dengan menggunakan akal yang waras beserta tujuan yang baik. Baik dan buruk sesuatu gadjet hendaklah dibatasi oleh etika mulia pengguna. Kerana yang beruntung adalah mereka yang berkepentingan (ahli politik, ahli bisnes, ugutan, keseronokan dan sebagainya) samada secara langsung atau tidak.

Mereka-mereka ini adalah orang-orang yang menangguk di air keruh akibat kelalaian diri sendiri.

Walahuallam…

Korban, Pengorbanan, Dikorbankan dan Terkorban Oleh tapa

Posted in Uncategorized on December 8, 2008 by ptk81

8.00 pagi (berkumandang di masjid, surau dan tempat ibadat)

 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Maha Besar , Allah maha Besar dan Pujian Hanyalah Pada Dia…….

 

Menjelang 08 disember 2008 (10 zulhijjah setiap tahun), masyarakat islam menyambut salah satu perayaan suci agama islam iaitu Aidilladha. Peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang direkod dan diingati oleh setiap muslim.

 

Berbagai istilah yang diguna pakai seperti Hari Raya aidiladha (bahasa arab),Hari Raya Korban (jemaah haji menyembelih dan berkorban / binatang-binatang yang halal dimakan / hari tasrik : 10,11,12,13: tempoh sembelih binatang) dan Hari Raya Haji: sempena Bulan Haji (orang pergi haji / bulan haji: syawal / zulkaedah dan zulhijjah), kemuncaknya pada 09 zulhijjah (wukuf / berpakaian baju putih di arafah), kenapa baju putih?, kerana menggingatkan pada mati, pasti kembali mengadap tuhan, juga konsep kesamarataan dalam islam.

 

  

3.30 pagi (nyenyak tidur/ diulit mimpi)

 

Tarikh 06 disember 2008 satu peristiwa telah menggemparkan rakyat Malaysia (walaupun sebelum ini pernah berlaku peristiwa tanah runtuh yang lain / Highland Tower 15 tahun dahulu dan sebagainya), tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang melibatkan beberapa rumah banglo mewah di Taman Bukit mewah dan Taman Bukit utama, telah mengorbankan 4 orang, dan  15 orang cedera

 

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah Maha Besar , Allah maha Besar dan Pujian Hanyalah Pada Dia…….

 

Kepercayaan Yang Diwujudkan Di Dalam Komik oleh qulmann

Posted in Uncategorized on November 18, 2008 by ptk81

Jalan cerita sesebuah komik lebih diteliti daripada lukisan watak, latar belakang mahupun kostum. Di dalam setiap komik Jepun dan komik America pasti terdapat agenda tersirat.

Jepun sentiasa memperjuangkan agama dan cerita-cerita mitologinya ia sentiasa berjaya mewujudkan watak-watak kehidupan yang pasti menyentuh jiwa. Di dalam komik Naruto terdapat unsur-unsur agama yang kuat, patung dewa-dewa diangkat dan sentiasa dijadikan kuasa aura dalaman dan kepercayaan. Watak Hidan yang sangat kuat kepercayaanya terhadap Jashin atau Samael adalah salah seorang dari 7 Archangel dalam mitologi yang tersebar di daerah Palestina kuno. Samael diceritakan sebagai malaikat yang baik sekaligus jahat. Nama Samael bererti “Poison of God”. Samael juga mendapat sebutan sebagai Angel of Death.

Jutsu atau kuasa terakhir Uchiha Itachi iaitu Amaterasu atau Dewa Ra, Dewa Matahari merupakan Tuhan yang disembah oleh penganut Buddha sebaiknya itulah ajaran yang disampaikan kepada kaum Buddha demi meluruskan keyakinan mereka. Dan banyak lagi unsur-unsur kedewaan yang terdapat di dalam komik Naruto yang telah di blindfold sebagai satu komik kanak-kanak. Mengapa?Adakah komik hanya untuk kanak-kanak?

Muntans seperti X-men dicipta ketika perang dunia agar mereka menjadi immortal untuk menentang musuh, isi tersirat yang terkandung di dalam jalan cerita X-men merupakan sebuah komik yang sebenarnya menceritakan agenda awal Amerika. X-men merupakan sekumpulan mutants yang setiansa cuba menyelamatkan manusia tetapi manusia tidak dapat menerima sifat pelik mereka yang mempunyai kuasa extra ordinary. Ia mungkin berbentuk feksyen namun ia ruang logikal kita mampu berfikir tentang agenda Amerika yang masih hebat menguasai bumi kita dan siapakah yang memerintah Amerika?

Komik Jepun dan Amerika telah lama merancang strategi dan mereka masih berada di landasan yang sama di landasan yang mereka mula dahulu. Sebuah komik telah lama tercipta, sebuah komik yang menentang pelbagai isu dunia dan menceritakan kedatangan hari kiamat. “Watchmen” menceritakan saat-saat majoriti Superhero bersara dan mereka ditindas. Di sini nilai kasihan diuji dan adakah kita akan kasihani atau menidas golongan homo sapiens?

Di dalam setiap komik Jepun dan Amerika telah diterapkan nilai-nilai agama dan cerita tentang hari kiamat. Jadi adakah komik hanya sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak?

Pasca Moden Amalan Kita? oleh tapa

Posted in Uncategorized on November 17, 2008 by ptk81

Melihat kepada situasi semasa, persoalannya adakah kita dalam amalan yang bersifat kearah pasca moden yang digembur-gemburkan selama ini. melihat kepada persoalan seperti kecenderungan masyarakat semasa kearah generasi terkini (ict). Lebih bersifat Technical Revolution yang mendendangkan slogan “painting is dead”,”drawing is dead”, “wet photography is dead” dan sebagainya.

Realitinya kita menjadi seperti, katak yang melompat tetapi diikat kakinya, matlamat tanpa bergerak kemana-mana. Melihat kembali kepada realiti masyarakat Malaysia khususnya dalam bidang kesenian, mungkin belum boleh untuk kita mendabik dada, mengatakan kita kearah pasca modenisasi kerana amalanya ternyata songsang dan langkah kita masih berterabur, dengan konflik dalaman dari modenisasi kepada pasca moden, masih terawang-awang dan bersifat kabur.

Kata-kata ahli sufi Abu Said Ibni Abi Khair, boleh dijadikan panduan:

“menjadi sufi adalah menjadi seseorang yang bebas dari idea-idea dan tanggapan yang mengongkong, dan tidak cuba menggelakkan diri daripada apa yang ditakdirkannya”.

Pasca moden telah ditakdirkan oleh tuhan untuk muncul dalam dunia (semasa), sesungguhnya tuhan telah memperlihatkan bahawa segala kata-katanya adalah benar, dan salah satu petanda akhir zaman adalah masa menjadi terlalu singkat (salah satu ciri-ciri pasca moden). Adakah kita baru, sedang dan mengharunginya? atau adakah kita masih berada di takuk yang lama.

Yang pastinya, dunia yang kita duduki ini, bukanlah bersifat Materialisme, kerana jika kita dijiwai oleh perasaan Hedonisme nescaya kita tidak akan menjumpai kebenaran. kerana kenyataan bahawa dunia adalah ilusi telah disokong dengan kata-kata Einstein bahawa, ” Ruang dan masa adalah intitusi”.

Akhirnya, kita melalui satu peringkat proses kehidupan, kerana samada kita melalui atau tidak (pasca moden-dalam konteks malaysia) ternyata bahawa kenyataan bahawa dunia ini adalah bersifat sementara adalah benar berlaka, kerana teori-teori telah membuktikan dunia ini akan mengalami proses akhirnya iaitu teori Big Bang oleh Stephen Hawking. Dan selepas itu apa pula (akhirat) ????…

Definisi Video oleh qulmann

Posted in Uncategorized on November 14, 2008 by ptk81

Video adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. Biasanya menggunakan film seluloid, sinyal elektronik, atau media digital. Video juga dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate, dengan satuan fps (frame per second). Kerena dimainkan dalam kecepatan yang tinggi maka tercipta ilusi gerak yang halus, semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.