Seni Video
Seni video adalah istilah yang diguna pakai untuk merujuk kepada karya yang menggunakan peralatan video, televisyen sebagai medium untuk berkarya dan menggunakan peralatan teknologi dalam pelbagai cara.
Sejarah Ringkas Perkembangan Seni Video
Seni Video merujuk kepada karya yang menggunakan media Video sebagai karya seni. Syarikat Sony adalah yang bertanggungjawab kepada lahirnya seni video pada tahun 1965 dan telah memperkenalkan portable video recording camera dan dikenali sebagai Portapak.
Rakaman yang telah dibuat boleh disimpan didalam kaset (tape) dan boleh dipadam (erase/delete) serta boleh diguna pakai kembali (re-recorded). Kemampuan media ini membolehkan signal video dihantar ke lebih satu monitor dan penggunaannya yang sangat fleksibel dalam mempersembahkan rakaman itu kembali.
Kronologi Perkembangan Seni Video
Perkembangan seni video adalah hasil dari evolusi medium tradisi yang digunapakai dalam menghasilkan karya (seni visual). Perkembangan medium ini seiring dengan perkembangan industri, globalisasi dan kemajuan yang tercipta hasil dari penciptaan teknologi-teknologi terkini.
Sebagai contohnya, media Fotografi adalah hasil dari resapan pengaruh catan barat (western painting), dan kemudiannya fotografi memainkan perananya pula dalam mempengaruhi seni catan. Manakala Sinematografi (seni perfileman) pula berkembang dan meneruskan prinsip-prinsip asas daripada media fotografi (still photography).
Media televisyen pula terhasil dari pengaruh catan, fotografi, dan sinematografi. Kadangkala kita tertarik dengan kecantikkan filem dan video ini kerana visualnya seperti catan kerana media televisyen dan imej-imej fotografi ini dipengarui oleh visual tradisi dan seni persembahan (performing arts).
Secara ringkasnya medium kamera dan komputer ini adalah hasil pengaruh elemen-elemen tradisi dan merupakan proses evolusi yang berkembang sehingga sekarang.
Pengasas
Antara pengasas dalam menerokai seni video ini adalah artis Jerman, Wolf Vstell (1932- ) yang ketika itu terlibat dalam pembikinan set television pada 1959. Tetapi pencipta (pengasas) seni video ini dikaitkan dengan Nam June Paik (1932- ) seorang pemuzik dari Korea (juga performance artist dan sculptor).
Beliau tinggal di New York pada tahun 1964 dan menggunakan protable Sony video recorder pada tahun 1965 yang mana pada masa itu hanya peralatan tersebut sahaja yang ada.
Beliau menjelaskan, rakaman pertama yang telah dibuat ditunjukkan pada malam hari yang sama di artists’ club di Cafe-a-Go-Go. Nam June Paik sebagai seorang pianist (pemain piano), telah berkolobrasi dengan pemain cellist (biola besar) iaitu Charlotte Moorman (1940-1994) dengan karya yang bertajuk Bra For Living Sculpture (1969).
Artis lain yang turut berperanan sebagai seorang pengkarya yang menggunakan media video adalah seperti artis kelahiran Amerika ini iaitu Bill Viola (1951- ). Antara karyanya iailah To Pray Without Ceasing (1992).
Media seni video sekarang kerapkali digunakan sebagai salah satu elemen di dalam karya instalasi tiga dimensi. Salah satu contoh penggunaan seni video ini adalah Dara Birnbaum, dengan karyanya yang bertajuk Hostage yang dihasilkan pada tahun 1994.
Perkembangan Seni Video Malaysia
Pameran
Pameran di Galeri Luar Pusat USM (1989)
Antara yang terlibat dalam menghasilkan seni video ini adalah Baharuddin b. Arus yang telah mempersembahkan karya seni video dan arca bergerak 1989 yang dipamerkan di USM. Karya ni menampilkan reaksi beliau terhadap ‘medium sebagai mesej’ yang disarankan oleh Marshall McLuhan.
Artis lain adalah Liew Kung Yu, dengan karya A Passage Through Literacy (1989). Karya ini berbentuk telur pecah (arca) yang memaparkan tarian dengan dibaluti dengan teks.
Festival Seni Video Antarabangsa (1990)
Karya Sook Ching oleh Wong Hoy Cheong yang menggabungkan persembahan langsung catan dan pancaran video. Karya ini berbentuk dokumentasi sejarah dan merakamkan keperitan rakyat zaman pendudukan jepun melalui pengalaman beberapa individu.
Framing War (1992)
Pameran yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negara telah diatur oleh Ray Langerbach sempena Perang Teluk.
Antara karya seni video adalah karya kolobrasi yang tidak bertajuk oleh Ray Langenbach, Latif Kamaluddin dan Gunabalan. Karya yang berefleksi dengan propaganda dan respon daripada kematian kanak-kanak di Iraq dan matinya Sistem Ideologi Soviet.
Festival Seni Video Malaysia (1994)
Liew Kung Yu dengan karya Sing A Song For Ah Kong And Ah Ma (sebelum ini ditayangkan di Festival Seni Video Sony) telah memenangi hadiah utama dalam festival tersebut.
1994
Noor Azizan Rahman Paiman dengan Bernafas Dalam Lumpur menggunakan video sebagai rakaman. Bukan hanya dilihat sebagai bahan dokumentasi tetapi sebagai medium yang mempunyai bahasa pengucapan yang tersendiri.
Anugerah Video Malaysia 3M VHQ 94.
Karya White Cloth oleh Khairul Aidil Azlin dan Hamzah Tahir, bukan hanya menggunakan medium video sebagai bahan dokumentasi tetapi video telah menjadi media unggul. Karya ini telah memenangi Hadia Kedua Kategori Anugerah Seni Video Eksperimental Muda dalam Anugerah Video Malaysia 3M VHQ 94.
Hadiah pertama Anugerah Seni Video Eksperimental Muda pula dimenangi oleh Hasnul Jamal Saidon dengan karyanya Proclaim.
Karya Skin Trilogy, sebuah persembahan eksperimental pelbagai media yang diusahakan oleh Five Arts Centre. Berdasarkan teks oleh K.S Maniam dan diarahkan oleh Kristen Jit dengan penyatuan seni tampak dan seni persembahan.
1996
Faizal Zulkifili pula muncul menerusi karya video satu saluran yang memenangi hadiah kecil dalam Pertandingan Bakat Muda Sezaman 1996. Karya yang berjudul No Art Please.
Karya kedua Faizal Zulkifili pula bertajuk Road Runner yang menggunakan analogi ’permainan elektronik’ meggambarkan kegilaan segelintir masyarakat kepada ‘kelajuan, perlumbaan, dan nilai numerikal’.
Video Dalam Teater
Penggunaan video juga boleh dilihat dalam seni persembahan iaitu dalam konteks seni pentas yang dicetus dan ditaja sempena Wanita Umno 40 (1989) tahun yang telah diusahakan oleh Centre Stage.
Centre Stage dibawah pimpinan Normah Nordin telah menggunakan teknologi pancaran video dan persembahan langsung untuk membawa keluar sebuah kereta Proton Saga dari layar video ke pentas umpama David Copperfield.
1995
Pementasan Rama & Sita menampilkan konsep sinografi yang berorientasikan post-industrial & techno pop sebagai latar untuk jalan cerita yang epik yang dipinjam. Arahan pementasan ini dibawah Janet Pillai menggunakan dua puluh buah monitor televisyen yang menayangkan video, animasi komputer, paparan elektronik dan digital untuk menonjolkan generasi yang beroperasi diatas pelantar teknologi siber.
Pendekatan berani ini telah disusuli pula oleh persembahan teater Ribut arahan Zahim Albakri yang cuba menggabungkan penggunaan teknologi multimedia dan video dalam arahan teaternya.
Kesimpulan
Dengan pesatnya perkembangan teknologi sekarang tidak hairanlah seni video telah menjadi salah satu medium yang kerap diguna dalam menyampaikan idea (art works). Dengan terciptanya software (gadjet-gadjet) menjadikan seni video ini satu medium kegilaan kepada golongan-golongan generasi multimedia sekarang dalam berkarya.
Di Malaysia perkembangan seni video telah dimulakan dengan diinspirasikan oleh Ismail Zain dengan karya-karya Digital Kolaj (1988), dan kemudiannya diteruskan pula oleh Kamarudzaman Md. Isa, Ray Langenbach (dan pelajarnya di Universiti Sains Malaysia) dan Liew Kung Yu.
Pada tahun 1990, seni video telah menjadi medium kepada artis Wong Hoy Cheong, Hasnul Jamal Saidon, Niranjan Rajah, Faizal Zulkifli, Masnoor Ramli, Ahmad Fuad Osman, Noor Azizan Rahman Paiman, Nadiah Bmadhaj, Yee I-Lan, Hayati Mokhtar dan Nur Hanim Khairuddin.
Artis-artis muda pula terdiri daripada, Kamal Sabran, Roslisham Ismail, Emil Goh, Sharon Chin, Vicent Leong, Lau Mun Leng, Liew Teck Leong, Low Yii Chin, Hasnizam Wahid, Muhd Faizal Sidik, Rini Fauzan, Tengku Azahari Tengku Azizan, dan Goh Lee Kwang.
Manakala artis-artis baru yang menggunakan medium video dan teknologi ict adalah Roopesh Sitharan, Fariza Idora Alhabshi, Diffan Sina, dan Illy Farhana Norhayat. Juga tidak terkecuali bekas-bekas pelajar UNIMAS (Anuar ayob, John Hii, Helena Song, Ling Siew Woei, Ting Ting Hock).
Moden lawan teknologi
Persoalannya adakah dengan mengikut rentak perkembangan semasa menjadikan kita sebagai orang yang tidak ketinggalan dari segi idea dan peradaban?. Teknologi yang terhasil adalah dari tindak balas ‘teknologi lama’.
Kesilapan kita adalah menafikan ‘teknologi lama’ kerana berasakan teknologi baru mampu menggantikan ‘teknologi lama’. Penambahbaikan itu perlu tetapi janganlah menafikan seterusnya membuang yang tradisi. walahuallam
Nota
- Duane Preble and Sarah Preble. Artforms (revised seventh edition). Pearson, Prentice Hall. 2004
- HasnulJamal Saidon. Prosiding Sidang seni: Overview Of Contemporary Art In Malaysia after 1990. Balai Seni Lukis Negara. 2008
- Ian Chilvers. Concise Dictionary of Art & Artist. Oxford. 2003
- Pameran Seni Elektrik Pertama. Balai Seni Lukis Negara.1997